Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Apa Maksud Tarif? Dari Cukai Import Ke Perang Dagang

Summary:

Maksud tarif ialah cukai ke atas barangan import. Fahami jenis tarif, contoh sebenar dan bagaimana tarif mencetuskan perang dagang global.

Apa Maksud Tarif? Dari Cukai Import Ke Perang Dagang

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa harga kereta import, telefon pintar atau barangan luar negara boleh jadi jauh lebih mahal berbanding produk tempatan? Jawapannya sering berkait rapat dengan satu istilah ekonomi penting, TARIF.

Secara ringkas, tarif bukan sekadar cukai biasa. Ia adalah alat ekonomi yang digunakan kerajaan untuk mengawal aliran perdagangan, melindungi industri tempatan dan mempengaruhi harga pasaran.

Artikel ini akan menerangkan maksud tarif, jenis-jenisnya serta kesannya kepada pengguna, perniagaan dan pasaran kewangan.

Apa Maksud Tarif

Apa Itu Tarif Dalam Perdagangan?

Ramai orang bertanya, apa itu tarif dan kenapa kerajaan mengenakannya? Mari kita tengok definisi tarif.

Definisi Tarif

Maksud Tarif

Tarif (tariff) merujuk kepada duti kastam ke atas barangan import dan dalam sesetengah kes boleh juga merujuk caj berkaitan eksport, bergantung dasar negara. Ia ialah cukai atau levi yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barangan import atau eksport, bertujuan mengawal perdagangan, melindungi industri tempatan dan menjana pendapatan negara.

Secara mudah, maksud tarif boleh difahami sebagai kos tambahan ke atas barang luar negara yang masuk ke pasaran tempatan.

Apabila tarif dikenakan, harga barang import menjadi lebih mahal. Ini menjadikan produk tempatan lebih kompetitif dari segi harga. Dalam konteks ini, tarif berfungsi sebagai benteng perlindungan ekonomi domestik.

Jenis-Jenis Tarif Yang Perlu Anda Tahu

Untuk memahami maksud tarif dengan lebih mendalam, penting untuk tahu bahawa tarif tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Setiap jenis tarif mempunyai fungsi dan kesan ekonomi yang berbeza bergantung kepada tujuan kerajaan.

1. Tarif Import

Tarif import ialah bentuk tarif paling biasa dan paling kerap digunakan oleh sesebuah negara. Ia merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas barangan yang dibawa masuk dari luar negara.

Tujuan utama tarif import ialah:

  • Melindungi industri tempatan daripada persaingan harga yang lebih murah
  • Menggalakkan pengguna membeli produk buatan dalam negara
  • Mengurangkan kebergantungan kepada barangan import

Contoh antara produk biasa dikenakan tarif import:

  • Kereta & motosikal import (Jepun, Eropah, Korea)
  • Telefon pintar & peranti elektronik
  • Pakaian dan tekstil import
  • Buah-buahan import seperti epal, oren, anggur
  • Produk makanan diproses (keju, coklat, snek import)
Tarif Import Keju

Dalam kes ini, tarif ialah menaikkan harga barang import supaya produk tempatan lebih kompetitif di pasaran.

2. Duti / Cukai Eksport (Tarif Eksport)

Dalam amalan perdagangan antarabangsa, istilah tarif lazimnya merujuk kepada cukai import. Bagi barangan yang dihantar ke luar negara, istilah yang lebih tepat ialah duti eksport atau cukai eksport (export duty / export tax), walaupun dalam penulisan umum ia kadangkala disebut sebagai “tarif eksport”.

Duti eksport dikenakan ke atas barangan tertentu yang dianggap strategik, terutamanya sumber asli, bagi memastikan kepentingan ekonomi domestik terpelihara.

Tujuan duti / cukai eksport dikenakan:

  • Mengawal bekalan barangan penting dalam negara
  • Menstabilkan harga domestik
  • Melindungi sumber asli daripada dieksploitasi secara berlebihan
  • Menggalakkan pemprosesan nilai tambah dalam negara

Dalam konteks ini, maksud tarif (secara umum) lebih tertumpu kepada kawalan bekalan dan kestabilan harga pasaran tempatan, bukannya perlindungan industri semata-mata.

Contoh produk yang biasa dikenakan duti / cukai eksport:

  • Minyak sawit mentah (CPO)
  • Kayu balak dan hasil hutan
  • Bijih mineral seperti bauksit atau nikel
  • Hasil pertanian asas tertentu (bergantung situasi dan dasar kerajaan)

3. Tarif Spesifik

Tarif spesifik ialah cukai tetap yang dikenakan berdasarkan kuantiti barangan, tanpa mengambil kira nilai atau harga pasaran barangan tersebut.

Ciri utama tarif spesifik:

  • Kadar cukai kekal dan mudah dikira
  • Tidak terjejas oleh turun naik harga pasaran
  • Memberi kepastian kepada kerajaan dari segi hasil cukai

Contoh antara produk biasa dikenakan tarif spesifik:

  • Rokok & produk tembakau (cukai per batang atau per kilogram)
  • Minuman beralkohol (per liter)
  • Bahan api tertentu
  • Bahan kimia industri
  • Gula & produk makanan asas tertentu

Contoh: RM50 dikenakan bagi setiap kilogram tembakau import, tanpa mengira harga pasaran. Dalam situasi ini, tarif ini lebih kepada kawalan kuantiti dan hasil cukai tetap.

4. Tarif Ad Valorem

Tarif ad valorem ialah cukai yang dikenakan berdasarkan peratusan nilai barangan. Ini bermakna jumlah tarif akan berubah mengikut harga pasaran barangan tersebut. Tarif ad valorem lazim digunakan untuk barangan bernilai tinggi atau mewah kerana ia lebih fleksibel mengikut harga.

Kelebihan tarif ad valorem:

  • Lebih fleksibel mengikut nilai pasaran
  • Hasil cukai meningkat apabila harga barang meningkat
  • Lebih adil untuk barangan bernilai tinggi

Contoh antara produk biasa dikenakan tarif ad valorem:

  • Barang kemas & emas
  • Barangan mewah (jam tangan, beg berjenama)
  • Komputer & peralatan elektronik premium
  • Peralatan hiburan & teknologi tinggi

Contoh: Jika tarif 10% dikenakan ke atas jam tangan bernilai RM20,000, jumlah tarif ialah RM2,000. Dalam kes ini, maksud tarif berubah mengikut nilai sebenar barang tersebut.

Kenapa Kerajaan Mengenakan Tarif?

Antara sebab utama tarif diwujudkan ialah:

  • Melindungi industri tempatan daripada persaingan luar
  • Menjana pendapatan kerajaan
  • Mengawal defisit perdagangan
  • Mengurangkan kebergantungan import

Dalam banyak kes, tarif digunakan sebagai alat strategi ekonomi jangka panjang.

Tarif Import

Bayangkan telefon pintar import dikenakan tarif 20%.

Akibatnya:

  • Harga jualan meningkat
  • Pengguna bayar lebih mahal
  • Produk tempatan jadi pilihan alternatif

Di sinilah tarif memberi kesan langsung kepada poket pengguna tanpa disedari.

Apa Beza Tarif, Duti & Cukai Kastam?

Walaupun istilah tarif, duti, dan cukai kastam sering digunakan secara bergantian, sebenarnya setiap satu mempunyai maksud dan fungsi yang sedikit berbeza dalam perdagangan antarabangsa.

Tarif

Tarif ialah istilah umum yang lazimnya merujuk kepada cukai ke atas barangan import. Dalam konteks ekonomi, tarif digunakan sebagai alat dasar perdagangan untuk melindungi industri tempatan, mengawal aliran perdagangan dan mempengaruhi harga pasaran.

Secara ringkas, tarif merujuk kepada cukai perdagangan di peringkat sempadan, terutamanya melibatkan barangan import.

Duti

Duti ialah istilah lebih spesifik dan biasanya merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas jenis barangan tertentu, seperti duti import atau duti eksport. Duti merupakan sebahagian daripada tarif dan sering dikira berdasarkan nilai, kuantiti atau berat barangan.

Contohnya, duti import dikenakan ke atas barangan yang dibawa masuk dari luar negara untuk menjadikan harga barangan tersebut lebih mahal di pasaran tempatan.

Cukai Kastam

Cukai kastam pula ialah istilah pentadbiran yang merangkumi semua jenis cukai dan duti yang dikutip oleh pihak kastam di pintu masuk atau keluar sesebuah negara. Ia bukan satu jenis cukai khusus, tetapi sistem keseluruhan kutipan cukai perdagangan.

Dalam erti kata lain, tarif dan duti adalah sebahagian daripada cukai kastam.

Perbezaan Tarif, Duti Import & Cukai Berkaitan

Untuk memudahkan pemahaman, berikut ialah perbandingan ringkas antara tarif, duti, dan beberapa jenis cukai berkaitan yang sering digunakan dalam perdagangan dan sistem kastam.

IstilahDefinisi RingkasDikenakan Ke AtasTujuan Utama
TarifCukai perdagangan di peringkat sempadan (biasanya import)Barangan importMelindungi industri tempatan & mengawal perdagangan
Duti ImportCukai khusus ke atas barangan importProduk yang dibawa masuk ke negaraMenjadikan barangan import lebih mahal
Duti EksportCukai ke atas barangan yang dieksportSumber asli & barangan strategikMengawal bekalan & kestabilan harga domestik
Cukai KastamIstilah umum bagi semua cukai di pintu masuk negaraImport & eksportKutipan hasil & kawalan perdagangan
Cukai EksaisCukai ke atas barangan tertentuRokok, alkohol, petrolKawalan penggunaan & kesihatan
GST / VATCukai nilai tambah ke atas jual beliPengguna & perniagaanMenjana hasil kerajaan
LeviCaj tambahan kerajaanImport atau sektor tertentuDasar kawalan atau perlindungan

Kesan Tarif Kepada Ekonomi & Pasaran

Pengguna

  • Harga barang meningkat
  • Pilihan produk mungkin terhad

Dalam jangka panjang, tarif juga boleh menjejaskan kuasa beli pengguna, terutamanya apabila harga barang import meningkat. Konsep ini berkait rapat dengan Purchasing Power Parity (PPP).

Perniagaan

  • Kos bahan mentah import naik
  • Margin keuntungan terjejas

Kenaikan tarif sering menyebabkan harga barang meningkat, sekali gus menyumbang kepada tekanan inflasi. Untuk faham kesan ini dengan lebih mendalam, anda boleh rujuk artikel Apa Itu Inflasi.

Tarif Maksud

Pasaran Kewangan

  • Perubahan tarif boleh menjejaskan mata wang
  • Saham sektor eksport/import jadi lebih volatile

Dalam konteks global, tarif sering dikaitkan dengan perang dagang yang memberi kesan besar kepada pasaran kewangan dunia.

Tarif Dalam Perang Dagang Amerika Syarikat dan China

Antara contoh paling jelas bagaimana tarif digunakan sebagai senjata ekonomi ialah perang dagang antara Amerika Syarikat dan China. Konflik ini bukan sekadar isu perdagangan, tetapi strategi kuasa ekonomi global yang memberi kesan besar kepada pasaran dunia.

Perang dagang ini bermula apabila Amerika Syarikat mengenakan tarif tinggi ke atas barangan import dari China dengan alasan melindungi industri tempatan dan mengurangkan defisit perdagangan. China kemudian membalas dengan tarif ke atas produk dari Amerika Syarikat.

Produk Yang Terlibat Dalam Perang Tarif AS–China

Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas China:

  • Produk elektronik & komponen teknologi
  • Peralatan IT dan mesin industri
  • Tekstil dan barangan pengguna
  • Mainan dan produk runcit

China membalas dengan tarif ke atas AS:

  • Produk pertanian seperti soya dan jagung
  • Daging lembu dan ayam
  • Kenderaan dan alat ganti automotif
  • Pesawat dan komponen aeroangkasa

Dalam konteks ini, tarif berubah daripada sekadar cukai kepada alat tekanan geopolitik dan ekonomi.

Kesan Perang Tarif Kepada Ekonomi Global

Kesan perang tarif ini melangkaui dua negara terlibat:

  • Rantaian bekalan global terganggu
  • Harga barang pengguna meningkat
  • Pasaran mata wang menjadi lebih volatile
  • Sentimen pelaburan global melemah

Banyak syarikat multinasional memindahkan operasi ke negara lain bagi mengelakkan tarif, membuktikan betapa kuatnya peranan tarif dalam menentukan hala tuju perdagangan dunia.

Implikasi Kepada Trader & Pelabur

Bagi trader dan pelabur, perang dagang ini menunjukkan bahawa:

  • Dasar tarif boleh mencetuskan pergerakan mendadak pasaran
  • USD dan CNY sensitif terhadap berita tarif
  • Saham sektor eksport dan teknologi mudah terkesan

Memahami maksud tarif dalam konteks konflik global membantu trader membaca risiko makro dan mengurus posisi dengan lebih strategik.

Jika anda ingin memahami latar belakang konflik ini dengan lebih mendalam, anda boleh rujuk artikel Perang Dagang Amerika dan China yang menghuraikan punca, kronologi dan kesan ekonomi secara menyeluruh.

Tarif US dan China - Perang Dagang

Maksud Tarif Dalam Dunia Trading & Pelaburan

Bagi trader dan pelabur, memahami maksud tarif sangat penting kerana:

  • Tarif boleh menggerakkan harga mata wang
  • Saham syarikat eksport/import terkesan
  • Sentimen pasaran berubah dengan cepat

Trader yang faham maksud tarif biasanya lebih bersedia menghadapi turun naik pasaran akibat dasar ekonomi global.

Kesimpulan – Fahami Maksud Tarif

Secara keseluruhan, maksud tarif bukan sekadar cukai ke atas barangan luar negara, tetapi satu alat penting dalam strategi ekonomi sesebuah negara. Ia mempengaruhi harga, perdagangan, pelaburan dan pasaran kewangan secara langsung.

Dengan memahami maksud tarif, trader dan pelabur boleh membaca kesan dasar ekonomi dengan lebih jelas. Di Ultima Markets, pemahaman asas ekonomi global seperti tarif membantu trader membuat keputusan dagangan yang lebih strategik dan berinformasi.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Maksud Tarif? Dari Cukai Import Ke Perang Dagang
Apa Itu Tarif Dalam Perdagangan?
Jenis-Jenis Tarif Yang Perlu Anda Tahu
Kenapa Kerajaan Mengenakan Tarif?
Apa Beza Tarif, Duti & Cukai Kastam?
Kesan Tarif Kepada Ekonomi & Pasaran
Tarif Dalam Perang Dagang Amerika Syarikat dan China
Maksud Tarif Dalam Dunia Trading & Pelaburan
Kesimpulan - Fahami Maksud Tarif