Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Apa Itu ETH? Bezanya Dengan Bitcoin & Cara Ia Berfungsi

Summary:

Apa Itu ETH? Ketahui fungsi Ethereum, smart contract, gas fee, staking dan peranan ETH sebagai bahan bakar utama dalam dunia Web3 moden.

Apa Itu ETH? Bezanya Dengan Bitcoin & Cara Ia Berfungsi

ETH ialah token utama dalam rangkaian Ethereum, iaitu platform blockchain yang membolehkan pembinaan aplikasi terdesentralisasi (dApps) dan smart contract. Untuk faham apa itu ETH, bayangkan ia sebagai “minyak” yang menggerakkan seluruh ekosistem Ethereum. Tanpa ETH, tiada transaksi, tiada NFT, tiada DeFi.

ETH merupakan salah satu mata wang kripto utama dalam pasaran global. Jika anda baru dalam industri ini, rujuk artikel Apa Itu Mata Wang Kripto sebagai asas pemahaman.

Maksud ETH

ETH (Ether) Aset digital yang digunakan untuk membayar transaksi dalam rangkaian Ethereum, menjalankan smart contract, membina dApps, dan sebagai mata wang utama dalam ekosistem Web3.

Ethereum Rangkaian blockchain terdesentralisasi yang direka untuk membolehkan smart contract, aplikasi terdesentralisasi (dApps), NFT, DeFi dan pelbagai projek Web3 dijalankan tanpa orang tengah.

ETH memainkan peranan penting dalam perkembangan Web3 kerana ia menjadi bahan bakar utama untuk aplikasi terdesentralisasi. Ketahui konsep Web3 dalam artikel Apa Itu Web3.

Apa Itu Ethereum

Sejarah Ethereum: Bagaimana ETH Bermula

Untuk memahami apa itu ETH dengan lebih jelas, kita perlu melihat bagaimana Ethereum bermula dan berkembang menjadi salah satu teknologi blockchain paling penting di dunia.

2013: Idea Ethereum Dilahirkan

Segalanya bermula apabila Vitalik Buterin, seorang programmer muda Rusia-Kanada, merasakan Bitcoin terlalu terhad kerana ia hanya fokus sebagai sistem pembayaran digital. Vitalik mahukan sesuatu yang lebih fleksibel seperti platform blockchain yang boleh diprogramkan seperti komputer global, bukan sekadar lejar transaksi.

Daripada visi ini, konsep Ethereum pun tercipta.

2014: Pembiayaan Awal Melalui Crowdsale

Sebelum Ethereum dilancarkan, pasukan pembangunan mengadakan crowdsale, menjual token ETH kepada orang ramai untuk mengumpul dana. Crowdsale ini menjadi salah satu crowdfunding kripto paling berjaya ketika itu dan membuka jalan kepada pelancaran rangkaian.

2015: Pelancaran Rasmi Ethereum (Frontier)

Tahun 2015 menandakan kemunculan rasmi Ethereum dengan pelancaran peringkat “Frontier”. Di sinilah:

  • ETH mula wujud sebagai token rasmi
  • pembangun boleh mula mencipta smart contract
  • aplikasi awal Web3 mula dibina

Ini detik penting kerana ia menjadikan Ethereum blockchain pertama yang benar-benar boleh diprogramkan.

2016: DAO Hack & Hard Fork

Pada 2016, projek The DAO digodam, menyebabkan kehilangan ETH bernilai jutaan dolar. Untuk menyelamatkan dana pengguna, komuniti Ethereum melakukan hard fork, memisahkan rangkaian kepada:

  • Ethereum (ETH): rangkaian baharu selepas fork
  • Ethereum Classic (ETC): rangkaian lama yang kekal asal

Peristiwa ini menunjukkan Ethereum komited terhadap keselamatan dan membuktikan betapa pentingnya ETH dalam ekosistem.

2017–2020: Era ICO, DeFi & NFT

Dalam tempoh ini, Ethereum berkembang secara besar-besaran:

  • ICO (Initial Coin Offering) menggunakan smart contract Ethereum
  • DeFi seperti Aave, Uniswap, Curve bermula di Ethereum
  • NFT seperti CryptoPunks dan game blockchain mula popular. Kebanyakan NFT dibina atas rangkaian Ethereum dan memerlukan ETH untuk minting. Anda boleh baca lebih mendalam melalui artikel Apa Itu NFT.

Setiap transaksi, setiap NFT minting, setiap DeFi swap, semuanya memerlukan ETH sebagai gas fee. Inilah saat di mana ramai pengguna mula benar-benar faham apa itu ETH sebagai bahan bakar ekonomi blockchain.

Vitalik Buterin Pengasas Ethereum

2021: Ledakan NFT & Gas Fee Tinggi

Tahun ini menyaksikan eksplosi permintaan untuk NFT, menyebabkan rangkaian Ethereum menjadi sangat sibuk dan gas fee meningkat.

Walaupun cabaran berlaku, ia membuktikan:

  • Ethereum paling banyak digunakan
  • permintaan terhadap ETH sangat tinggi
  • aplikasi Web3 semakin matang.

2022: The Merge: Perubahan Paling Penting Dalam Sejarah Ethereum

Pada September 2022, Ethereum menjalankan naik taraf besar yang dikenali sebagai The Merge, menjadikan rangkaian beralih daripada:

  • Proof of Work (mining)
  • Proof of Stake (staking)

Kesan langsung:

  • penggunaan tenaga jatuh 99%
  • transaksi lebih stabil
  • staking ETH menjadi fungsi utama
  • persediaan untuk scaling masa depan seperti sharding

The Merge mengubah cara ETH berfungsi dan menjadikan Ethereum lebih mesra pengguna dan lebih scalable.

Hari Ini: Ekosistem Terbesar Dalam Dunia Blockchain

Kini, Ethereum menjadi platform utama untuk:

  • dApps
  • DeFi
  • NFT
  • metaverse
  • Layer 2 scaling (Arbitrum, Optimism, Base)
  • smart contract enterprise

ETH digunakan berjuta kali sehari daripada gas fee, staking, transaksi, hinggalah pembayaran digital.

Sejarah Ethereum menunjukkan bahawa:

  • ETH bukan sekadar “coin”
  • ia adalah tulang belakang ekonomi Web3
  • teknologi Ethereum terus berkembang setiap tahun
  • penggunaan ETH semakin meningkat walaupun pasaran naik turun

Dengan memahami perjalanan ini, pengguna lebih mudah memahami apa itu ETH bukan sekadar pada nilai harga, tetapi pada peranan dan potensinya dalam dunia blockchain moden.

Apa Itu ETH: Bagaimana Ethereum Berfungsi?

Untuk benar-benar faham apa itu ETH, kita kena faham bagaimana Ethereum bekerja sebagai sebuah sistem. Anggaplah Ethereum sebagai komputer global dan ETH sebagai minyak atau tenaga yang menggerakkannya.

1. Ethereum Bukan Sekadar Mata Wang

Bitcoin dicipta untuk satu tujuan sahaja: Sistem pembayaran digital (hantar dan terima wang).

Tetapi Ethereum dicipta untuk lebih daripada itu:

  • Ia adalah platform yang membolehkan orang membina aplikasi atas blockchain.
  • Sama seperti App Store, tetapi versi tanpa syarikat dan tanpa orang tengah.

Aplikasi yang dibina atas Ethereum ini dipanggil dApps.

Contohnya:

  • aplikasi pinjaman digital
  • pasaran NFT
  • game blockchain
  • platform DeFi

Nak faham apa itu ETH, anda kena faham bahawa ETH adalah bahan bakar untuk aplikasi-aplikasi ini berjalan.

Maksud Ethereum

2. Apa Itu Smart Contract?

Untuk aplikasi ini berfungsi, Ethereum guna teknologi bernama:

Smart Contract = Kod automatik tanpa orang tengah

Smart contract:

  • berjalan sendiri bila syarat dipenuhi
  • tak boleh diubah selepas dikeluarkan
  • tak perlukan bank, admin atau server
  • memproses transaksi 24/7 secara automatik

Contoh smart contract:

  • Kontrak NFT (untuk mint, jual, pindah NFT)
  • Sistem pinjam/beri pinjam token dalam DeFi
  • Reward dalam game blockchain
  • Token launching (ERC-20)
  • Pembayaran automatik untuk transaksi tertentu

Dari sini, anda boleh nampak hubungan:

  • Smart contract ialah enjin.
  • ETH ialah minyak yang buat enjin itu bergerak.

3. Kenapa Smart Contract Perlukan ETH? (Konsep Gas)

Setiap kali smart contract dijalankan, ia memerlukan kuasa komputer untuk proses transaksi.

Ethereum mengukur kerja komputer ini menggunakan unit yang dipanggil Gas.

Gas = Kos komputasi (bayaran tenaga)

Ia bukan gas fizikal, tetapi angka yang mewakili:

  • berapa banyak kerja komputer diperlukan
  • berapa rumit operasi yang dijalankan
  • berapa banyak data diproses

Gas Fee Dibayar Dalam ETH

Contoh:

  • Mint NFT perlukan gas (dibayar dengan ETH)
  • Swap token dalam DeFi perlukan gas
  • Buat transaksi biasa perlukan gas
  • Interaksi dengan dApps perlukan gas

Semakin rumit smart contract, semakin banyak gas digunakan.

Ini sebab ETH penting: – Tanpa ETH, tiada siapa boleh bayar gas fee – Tanpa gas fee, tiada smart contract boleh berjalan – Tanpa smart contract, Ethereum tak ada fungsi

4. Siapa Proses Semua Transaksi? (Proof of Stake)

Dulu: Ethereum guna mining macam Bitcoin. Sekarang: Ethereum dah beralih ke Proof of Stake (PoS).

Apa Maksud Proof of Stake?

Staking ialah proses “mengunci” ETH anda dalam rangkaian Ethereum untuk membantu mengesahkan transaksi, dan sebagai balasan anda akan menerima ganjaran (reward). Maksudnya:

  • Anda pegang ETH
  • Anda kunci / lock ETH itu untuk bantu rangkaian
  • Anda dapat ganjaran ETH baru setiap hari / minggu

Ia lebih kurang macam deposit tetap (fixed deposit) tetapi dalam dunia blockchain.

Peranan Staking Dalam Ethereum

Dengan staking:

  • Validator dipilih untuk mengesahkan transaksi
  • Validator diberi ganjaran dalam ETH
  • Rangkaian jadi lebih laju dan stabil
  • Penggunaan tenaga jauh lebih rendah berbanding mining

Staking ialah sebab kenapa ETH makin digunakan secara aktif walaupun market naik turun.

Berapa Banyak Reward Staking?

Purata reward staking Ethereum biasanya sekitar 3%–5% setahun, bergantung kepada:

  • jumlah total ETH yang sedang stake
  • aktiviti rangkaian
  • load transaksi

Semakin aktif rangkaian, semakin stabil reward validator.

Kenapa PoS Lebih Baik?

  • Penggunaan tenaga turun 99%
  • Transaksi lebih stabil
  • Lebih selamat
  • Ethereum lebih mudah untuk berkembang (scaling)

PoS menjadikan Ethereum lebih moden dan mesra pengguna berbanding Bitcoin.

Perbezaan ETH vs Bitcoin

Ramai pembaca yang mencari apa itu ETH juga ingin tahu bagaimana ia berbeza daripada Bitcoin, kerana kedua-duanya adalah aset kripto terbesar dalam pasaran. Walaupun kedua-duanya menggunakan teknologi blockchain, tujuan dan fungsinya sangat berbeza.

Berbeza dengan Bitcoin yang dilombong melalui proses mining, Ethereum kini menggunakan sistem Proof of Stake. Untuk faham bagaimana Bitcoin dihasilkan, anda boleh rujuk artikel Apa Itu Mining Bitcoin.

Berikut ialah perbandingan yang lebih mendalam.

1. Tujuan Utama

Bitcoin

Dicipta sebagai mata wang digital untuk menggantikan wang fiat. Fokus utamanya ialah:

  • menjadi medium pembayaran
  • menjadi penyimpan nilai (store of value)
  • berfungsi sebagai “emas digital”
Perbezaan Bitcoin Dan Ethereum

Sistemnya ringkas: hantar, simpan, dan lindungi nilai.

Ethereum / ETH

Dicipta sebagai platform aplikasi blockchain, bukan mata wang semata-mata. Ethereum memberi ruang untuk:

  • smart contract
  • dApps (aplikasi terdesentralisasi)
  • DeFi
  • NFT
  • Web3 gaming

ETH pula ialah token yang menggerakkan semua ini sebagai bahan bakar (gas fee).

Kesimpulan:

  • Bitcoin = sistem wang digital
  • Ethereum = komputer global

2. Token: BTC vs ETH

BTC (Bitcoin)

  • Jumlah terhad: 21 juta sahaja
  • Dilihat sebagai aset jangka panjang (store of value)
  • Banyak digunakan untuk pelaburan

ETH (Ethereum)

  • Tiada had bekalan seperti Bitcoin
  • Peranan lebih dinamik:
    • bayaran gas
    • staking reward
    • interaksi dengan smart contract
  • Sebahagian ETH dibakar (burn) melalui EIP-1559, iaitu proses di mana sebahagian gas fee dimusnahkan setiap kali transaksi berlaku. Apabila lebih banyak ETH dibakar, bekalan keseluruhan menjadi semakin kecil dan bekalan yang semakin mengecil ini meningkatkan potensi harga ETH untuk naik dari masa ke masa.

Kesimpulan:

  • BTC = aset simpan nilai
  • ETH = token utiliti + aset pelaburan

3. Fungsi Utama

Bitcoin

Fokus pada:

  • pembayaran peer-to-peer
  • penyimpanan nilai
  • lindung nilai terhadap inflasi

Ethereum / ETH

Digunakan untuk:

  • bayar gas fee
  • menjalankan smart contract
  • membina dan menggerakkan dApps
  • menyokong DeFi dan NFT
  • staking dalam Proof of Stake

Kesimpulan:

  • BTC untuk simpan & bayar
  • ETH untuk gerakkan keseluruhan ekosistem Web3

4. Rangkaian & Kebolehan Diprogramkan

Bitcoin

  • Terhad fungsi
  • Tidak boleh diprogramkan dengan mudah
  • Tiada smart contract canggih
  • Lebih fokus pada keselamatan dan kestabilan

Ethereum

  • Boleh diprogramkan
  • Menyokong ribuan smart contract
  • Menjadi asas kepada seluruh industri Web3
  • Sesiapa pun boleh bina aplikasi atasnya

Kesimpulan:

  • Bitcoin = kalkulator
  • Ethereum = komputer / operating system
Cara Penggunaan Ethereum ETF

5. Kelajuan & Skalabiliti

Bitcoin

  • Lebih perlahan
  • Transaksi sekitar 7 per saat (TPS)
  • Bayaran boleh tinggi ketika sesak

Ethereum

  • Lebih laju berbanding Bitcoin
  • Smart contract + Layer 2 scaling (Arbitrum, Optimism, Base)
  • Upcoming upgrades akan meningkatkan kapasiti secara drastik

Kesimpulan:

  • ETH lebih sesuai untuk aplikasi
  • BTC lebih sesuai untuk simpan nilai jangka panjang

6. Ekosistem & Penggunaan

Bitcoin

Ekosistem lebih terhad:

  • wallet
  • exchange
  • pembayaran
  • penyimpanan nilai

Ethereum

Ekosistem sangat besar:

  • NFT
  • DeFi
  • Metaverse
  • Game blockchain
  • DAO
  • Layer 2 Networks
  • Token ERC-20 (ribuan projek)

Kesimpulan:

  • BTC = pasaran tunggal
  • ETH = seluruh industri

Ringkasan Dalam Jadual

AspekEthereum / ETHBitcoin
TujuanPlatform smart contract & dAppsDigital currency / store of value
TokenETHBTC
FungsiGas fee, smart contract, DeFi, NFTPembayaran & pelaburan
RangkaianBoleh diprogramkanTidak boleh diprogramkan
KelajuanLebih laju + Layer 2Lebih perlahan
EkosistemSangat besar (NFT, DeFi, dApps)Terhad

Bitcoin ialah “emas digital” yang berfungsi terutamanya sebagai penyimpan nilai.

ETH pula ialah “minyak digital” yang menggerakkan seluruh dunia Web3, termasuk NFT, DeFi, metaverse dan smart contract.

Seperti aset kripto lain, ETH turut dipengaruhi sentimen pasaran Bitcoin. Anda boleh lihat pergerakan terkini BTC melalui artikel Harga Bitcoin Semasa.

Kenapa Penting Faham Apa Itu ETH?

Trader dan pelabur kripto perlu faham apa itu ETH kerana ia memainkan peranan besar dalam ekosistem blockchain moden:

  • Ethereum ialah blockchain paling aktif di dunia, dengan jutaan transaksi setiap hari. Aktiviti tinggi ini secara langsung meningkatkan keperluan dan penggunaan ETH.
  • Hampir semua transaksi Web3 menggunakan ETH, termasuk NFT, DeFi, metaverse, token launching dan ribuan aplikasi terdesentralisasi. Jika anda terlibat dalam Web3, anda pasti akan menggunakan ETH walaupun secara tidak langsung.
  • Harga ETH sering menjadi barometer sentimen pasaran kripto. Bila pasaran bullish, ETH biasanya antara aset yang naik awal. Bila pasaran bearish, kejatuhan ETH sering menggambarkan mood pelabur.
  • ETH bukan sekadar coin untuk trading. Ia adalah tenaga yang menggerakkan seluruh rangkaian Ethereum. Tanpa ETH, smart contract, dApps, NFT dan DeFi tidak akan berfungsi.

Memahami apa itu ETH bukan hanya membantu anda melihat potensi pelaburan, tetapi juga memahami masa depan teknologi blockchain yang semakin berkembang dalam pelbagai industri seperti kewangan, gaming, hiburan dan data digital.

Kesimpulan: Apa Itu ETH & Kenapa Ia Penting Untuk Trader?

ETH ialah tunjang kepada rangkaian Ethereum dan menjadi aset penting dalam dunia kripto moden. Dengan memahami apa itu ETH, trader bukan sahaja dapat melihat potensi harga, tetapi juga memahami bagaimana teknologi Ethereum menggerakkan DeFi, NFT dan Web3.

Jika anda mahu mula berdagang ETH dengan spread kompetitif, analisis profesional dan platform yang stabil, Ultima Markets menyediakan pengalaman trading CFD kripto yang lebih efisien dan mesra pengguna.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Itu ETH? Bezanya Dengan Bitcoin & Cara Ia Berfungsi
Sejarah Ethereum: Bagaimana ETH Bermula
Apa Itu ETH: Bagaimana Ethereum Berfungsi?
Perbezaan ETH vs Bitcoin
Kenapa Penting Faham Apa Itu ETH?
Kesimpulan: Apa Itu ETH & Kenapa Ia Penting Untuk Trader?