Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Harga Bitcoin Semasa: Kenapa BTC Jatuh?

Summary:

Ketahui harga Bitcoin semasa dan punca BTC jatuh, termasuk ETF outflows, sentimen risk-off, serta faktor makro yang menggerakkan pasaran kripto hari ini.

Harga Bitcoin Semasa: Kenapa BTC Jatuh?

Pergerakan harga Bitcoin semasa menjadi tumpuan utama pelabur kerana BTC ialah aset yang paling cepat bertindak balas terhadap perubahan pasaran global. Dalam beberapa jam sahaja, harga boleh berubah ratusan hingga ribuan dolar. Untuk memahami arah pasaran, trader perlu melihat bagaimana harga Bitcoin hari ini dibentuk, apa yang mempengaruhi turun naiknya, dan bagaimana perkembangan ekonomi global memberi kesan kepada sentimen kripto.

Apa Itu Bitcoin & Kenapa Harga Sentiasa Berubah?

Berbeza daripada mata wang biasa, bitcoin harganya ditentukan oleh ratusan bursa kripto di seluruh dunia menjadikan harga bitcoin sekarang sangat dinamik dan bergerak 24 jam sehari.

Untuk pembaca yang ingin memahami bagaimana Bitcoin dicipta dan kenapa bekalannya terhad, anda boleh rujuk panduan lengkap kami tentang apa itu mining Bitcoin. Proses mining inilah yang menentukan kadar pengeluaran BTC dan menyumbang kepada perubahan harga Bitcoin semasa.

Bagi pembaca yang ingin belajar lebih mendalam tentang asas pasaran kripto, artikel Mata Wang Kripto memberikan gambaran jelas tentang fungsi kripto, risiko, dan bagaimana sentimen global mempengaruhi harga Bitcoin semasa.

Harga Bitcoin Hari Ini

BTCUSD_2025-12-10_13-52-47

Berdasarkan data pasaran terkini pada 10 Disember 2025 daripada beberapa bursa utama, harga Bitcoin semasa berada sekitar USD 92,000–93,000. Platform seperti CoinMarketCap dan TradingView menunjukkan harga purata sekitar USD 92,500 pada hari ini, menjadikan BTC kekal sebagai aset paling besar dalam pasaran kripto berdasarkan market cap.

Harga ini berubah setiap saat kerana Bitcoin didagangkan 24/7, jadi bacaan live biasanya dilihat melalui carta BTC/USD atau BTC/USDT.

Untuk menegtahui berapa harga 1 bitcoin dalam Ringgit Malaysia, ia berada dalam anggaran:

1 BTC ≈ RM 381,470

Sesetengah laman tunjuk julat dekat RM 370,000 – RM 383,000 bergantung kadar tukaran & platform.

Analisis Pergerakan 1 Bulan: Kenapa Bitcoin Jatuh?

Dalam tempoh 1 bulan terakhir, harga Bitcoin semasa mencatat kejatuhan ketara daripada sekitar USD 110,000 pada awal November kepada sekitar USD 86,000–90,000 sebelum stabil semula ke paras semasa ±USD 92,000.

Faktor Utama Penurunan 1 Bulan:

1. ETF Outflows (Institusi Menarik Modal Keluar)

Pada November 2025, pasaran menyaksikan aliran keluar terbesar daripada spot Bitcoin ETF. Jangkaan awal bahawa ETF akan terus menolak harga ke atas tidak berlaku, sebaliknya institusi mengambil untung dan mengurangkan pendedahan. Ini menyebabkan tekanan jual besar dan menjatuhkan harga BTC.

2. Risk-Off Sentiment di Pasaran Global

Pelabur global memilih untuk mengurangkan risiko akibat ketidaktentuan pasaran, isu kadar faedah, dan pergerakan pasaran saham.

Bila sentimen bertukar risk-off, aset seperti Bitcoin adalah antara yang paling cepat jatuh.

3. Leverage Liquidations (Snowball Effect)

Banyak posisi futures/derivatives BTC dibuka dengan leverage.

Apabila harga jatuh sedikit, banyak posisi long dilikuidasi secara automatik dan mencetuskan gelombang jual tambahan.

Inilah punca kejatuhan mendadak dalam beberapa jam pada minggu tertentu.

4. Kebimbangan Makro: Fed & Inflasi

Pasaran tidak mendapat isyarat jelas mengenai arah dasar kadar faedah AS.

Bila ada nada hawkish daridpada Feds, pelabur cenderung menjual aset spekulatif seperti BTC.

Sebab Harga Bitcoin Turun

Analisis Pergerakan 6 Bulan: Dari Paras Tertinggi ke Pembetulan Besar

Dalam tempoh 6 bulan terakhir, Bitcoin mencatat perjalanan yang sangat volatile:

  • Paras tertinggi (All Time High/ATH baru): sekitar USD 126,000 pada awal Oktober
  • Paras terendah 6 bulan: sekitar USD 80,600
  • Harga semasa: ±USD 92,000–93,000

Ini menunjukkan pembetulan sekitar 25–30% daripada puncak.

Faktor Utama Penurunan 6 bulan:

1. Profit-Taking Selepas ATH (Kitaran Normal BTC)

Lepas Bitcoin tembus ATH sekitar USD 126k pada 6 Oktober 2025, laporan akademik & media mencatat kejatuhan berterusan:

  • turun ±14% hujung Oktober,
  • jatuh lagi ±17% pada November,
  • sambung lagi beberapa peratus awal Disember sebelum sedikit rebound.

Selepas mencipta ATH baharu sekitar USD 126k, ramai pelabur institusi dan whale mengambil keuntungan. Ini memulakan fasa pembetulan (correction phase). Kejatuhan berterusan ini menyebabkan harga Bitcoin semasa kembali ke paras yang lebih rendah. Ini adalah pattern biasa lepas spike besar.

Harga Bitcoin Naik ATH

2. ETF Demand Tidak Sekuat Jangkaan Pasaran

Ramai menganggap ETF akan menyebabkan “supercycle” BTC. Namun data sebenar menunjukkan aliran masuk semakin perlahan, malah beberapa bulan menunjukkan outflows, menekan harga BTC.

Analisis terbaru tunjuk spot Bitcoin ETF di US alami bulan paling teruk dengan anggaran outflows USD 3.5–4 bilion dalam November.

Standard Chartered & penganalisis lain mula turunkan sasaran harga BTC 2025 (contoh: target USD 200k dipotong kepada USD 100k) atas alasan demand ETF & “digital-asset treasury companies” dah tak seagresif jangkaan awal.

Bila naratif “ETF akan tolak BTC to the moon” mula pudar, momentum beli jangka sederhana automatik jadi lemah.

3. Korelasi Dengan Saham Teknologi / AI Bubble Cooling

Bitcoin kini sangat berkait dengan pergerakan saham teknologi.

Reuters laporkan tahun 2025 ni, Bitcoin semakin kuat korelasinya dengan equity market, terutamanya saham teknologi & AI.

Bila saham AI & tech mula dilihat “overheated” dan alami pembetulan harga, sebahagian pelabur juga kurangkan pendedahan kepada kripto.

Apabila saham AI & tech mula alami pembetulan kerana dinilai terlalu mahal, Bitcoin turut jatuh bersama.

4. Ketidaktentuan Ekonomi Global

Isu seperti inflasi, risiko geopolitik, dan kebimbangan pasaran terhadap carry trade menyebabkan pelabur mengurangkan aset risiko.

Kesannya, harga Bitcoin semasa jatuh dengan lebih cepat berbanding aset tradisional.

Kesimpulan Analisis Harga Bitcoin Semasa

  1. Dalam 1 bulan terakhir
    1. Bitcoin masih dalam fasa post-crash / consolidation – lepas kejatuhan kuat November, sekarang harga cuba “stabil” sekitar USD 90–95k.
    2. Volatiliti masih tinggi; pergerakan 3–5% sehari masih normal.
  2. Dalam 6 bulan terakhir
    1. Dari perspektif makro, kita sedang tengok correction dari ATH, bukan kejatuhan total macam 2018/2022.
    2. Fundamental jangka panjang (halving, adoption, ETF masih wujud) tapi tempo demand tak sekuat hype awal 2025.
  3. Untuk strategi
    1. Kalau anda trader: ini environment di mana risk management & position sizing lagi penting daripada hanya “meneka arah”.
    2. Kalau anda pelabur jangka panjang: penurunan 25–30% dari puncak sering dilihat sebagai zon DCA oleh sesetengah pelabur, tapi itu bergantung sepenuhnya kepada toleransi risiko anda.

Harga Bitcoin Semasa: Apa Yang Mempengaruhi Nilainya?

Untuk memahami harga Bitcoin semasa, kita perlu lihat faktor yang menggerakkan pasaran BTC.

Harga Bitcoin Hari Ini

Sentimen Pasaran Global

Harga Bitcoin sering naik apabila sentimen pasaran positif, contohnya pengumuman ETF Bitcoin, berita institusi besar membeli BTC, atau kelembapan kadar faedah global.

Sebaliknya, jika pasaran beralih ke mod “risk-off”, pelabur lebih cenderung menjual aset kripto, menyebabkan bitcoin harga jatuh.

Volatiliti Aset Kripto

Kripto antara kategori aset paling volatile. Pergerakan 5–10% dalam beberapa jam adalah perkara biasa, jadi harga bitcoin semasa mudah berubah dengan drastik.

Aktiviti Whale & Likuidasi

Ketika pelabur besar (whales) membeli atau menjual dalam jumlah besar, ia memberi kesan terus kepada harga bitcoin sekarang. Dalam pasaran futures pula, jika berlaku liquidations besar-besaran, harga boleh merosot dengan cepat.

Kadar Faedah & Data Ekonomi

Data ekonomi AS seperti CPI, NFP atau keputusan FOMC sering memberi kesan kepada aset risiko termasuk Bitcoin. Bila kadar faedah naik, Bitcoin biasanya ditekan kerana modal mengalir keluar dari aset spekulatif.

Harga Bitcoin Volatile 2025

Kesimpulan – Harga Bitcoin Semasa

Harga Bitcoin semasa adalah maklumat penting yang perlu dipantau setiap hari oleh trader dan pelabur kripto. Dengan volatiliti tinggi, setiap kenaikan atau kejatuhan boleh membuka peluang dagangan yang menarik. Untuk analisis lebih tepat dan eksekusi pantas, platform seperti Ultima Markets menyediakan carta live BTC/USD, alatan teknikal lengkap, dan spread kompetitif untuk memudahkan trader membuat keputusan yang lebih yakin.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Harga Bitcoin Semasa: Kenapa BTC Jatuh?
Harga Bitcoin Hari Ini
Analisis Pergerakan 1 Bulan: Kenapa Bitcoin Jatuh?
Analisis Pergerakan 6 Bulan: Dari Paras Tertinggi ke Pembetulan Besar
Harga Bitcoin Semasa: Apa Yang Mempengaruhi Nilainya?
Kesimpulan - Harga Bitcoin Semasa